Sunday, October 18, 2009

Elak 'bestfriend' bertukar jadi 'boyfriend'.......

Aku terbaca article nie kat dalam satu magazine remaja "elak bestfriend bertukar jadi boyfriend". Penulis dier seorg pompan n i think its good. For her, perempuan bersahabat dengan lelaki tidak salah. Malah ada kalanya persahabatan berlainan jantina ini lebih serasi dan akrab berbanding dgn persahabatan yang sama jantina. N I think yess its true to some extent...

1) Elak terbit perasaan cemburu dalam persahabatan
Dengan siapa pun si dia berkawan dan rapat kamu haruslah sentiasa menerima dengan hati yang terbuka.Bila ada rasa cemburu terutama apabila si dia ada teman istimewa inilah antara faktor yang boleh mendorong hatimu berubah dari sahabat menjadi cinta.

2) Perlu simpan sedikit hal peribadi

Tidak perlu semua cerita atau rahsia tentang diri kamu dikongsi bersama sahabatmu. Ada yang patut disimpan sendiri agar si dia tidak merasakan dirinya adalah antara yang terpenting dalam hidupmu.

3) Luaskan persahabatan kamu

Ada sesetengah orang apabila bersahabat hanya tumpu pada seorang sahaja. Sebaiknya bila kamu bersahabat dengan berbeza kaum ini luaskanlah lingkungan sahabatmu.

4) Menghormati hak peribadi masing-masing

Kamu harus tahu bila sahabatmu perlukan masa serta ruang untuk bersendiri.

5) Buat pilihan dan keputusan mengikut naluri masing-masing

Sebagai sahabat kamu hanya boleh memberikan nasihat dan cadangan tetapi bukannya membuat pilihan serta keputusan untuknya. Sekiranya kamu relakan hidup kamu ditentukan oleh si dia itu secara tidak langsung kamu sebenarnya sikit demi sikit membuka hatimu untuk menerimanya lebih dari satu seorang sahabat.

6) Hadkan perbincangan soal hati dan cinta

Di akui sahabat adalah org yang dicari saat kita ingin membicarakan soal hati dan cinta.

7) Perlu ada batas dalam pergaulan.

Memandangkan kamu dan si dia berbeza jantina oleh itu kamu dan si dia perlu sentiasa tahu batas-batas yang perlu di jaga dalam pergaulan.

No comments:

Post a Comment

Background